Monday 31 October 2011

C I N T A . Ada apa dengan C I N T A ?




Ada apa dengan cinta ?
Kerana cinta akan manusia,

Manusia lalai dan alpa....
Kerana cinta akan manusia,
Manusia semakin jauh dari pencipta....
Kerana cinta akan manusia,
Manusia tidak hirau akan nasihat mereka....
Kerana cinta akan manusia,
Manusia sanggup berhabisan harta demi insan yang dicintai sepenuh jiwa....
Kerana cinta akan manusia,
Ibu bapa diabaikan...
Kerana cinta akan manusia, 
Manusia bergelumang dalam lautan dosa....
Kerana cinta akan manusia, 
Manusia hilang segala - galanya...


Sedarkah kita bercinta ( couple )
dengan ajnabi sebelum nikah itu haram,
kerana perbuatan itu mendekati zina...
TAPI , kenapa masih ramai yang tidak sedar...
Adakah mereka tidak tahu.
atau buat buat TIDAK tahu ? ? ?
Bercinta sebelum nikah merosakkan hubungan kita dengan Allah, 
menjadikan kita lalai dari mengingatiNYA,
membuatkan kasih sayang kita kepadaNYA semakin lama semakin pudar....

Cintailah Allah nescaya kamu akan memperoleh cinta manusia,
Jagalah ikhtilatmu dengan ajnabi kerana ianya sangat sangat 
penting bagimu.


* Hanya Allah dihati pasti menjadikan kita tenang dan bahagia

*Nukilan adikku sayang <3
Dituju kepada muslimin dan muslimah terutamanya diri sendiri yang hina di sisi Allah

Allahua'lam~

Sunday 23 October 2011

:: JADILAH SEPERTI IKAN DI LAUT ::

Assalamualaikum warohmatullah (:

Alhamdulillah , syukur yaAllah kerana saya bertambah sihat sepanjang cuti ni , (: ( cepat lah habis cuti , kalau tak nanti balik kolej kawan kawan tak kenal dah sebab dah jadi double , kui kui )

okay , " JADILAH SEPERTI IKAN DI LAUT " , apakah ? kenapakah ? bagaimanakah ?

*Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahu akbar ! sungguh cantik laut ALLAH <3

Semua orang tahu yang air laut ni adalah air garam , rasanya sangat masin, nak minum pun tak tertelan. Saya pun pernah mandi laut sampai terminum air laut , haaa terus muntah muntah , isk isk isk !!!*ni bukan ceritanya okay.

Ikan adalah salah satu hidupan yang ada dalam laut , kenapa nak jadi macam ikan di laut pulak ?
Ikan di laut ,
asam di darat,
dalam periuk,
bikin muafakat.
lalalala ~

*eh , nyanyi pulak , maaf2 ! iklan sebentar (:
Okay, ikan ni hidupan di laut yang menjadi makanan kita kan, bila nelayan tangkap, pancing, jala, pukat ikan di laut , rasa ikan ikan ni tak pernah masin kan walaupun ia hidup di dalam laut yang sangat masin. Ikan tidak pernah terpengaruh dengan masinnya laut, tidak pernah sekalipun walaupon luasnya laut yang masin tu dapat menampung semua hidupan laut.
So, what is the point here ?
      
      Saya , ana , kita , awak , kalian , entum ,  dia , dan mereka yang sudah biasa hidup dalam bi'ah solehah ( bi'ah = suasana = environment ), atau sering dikelilingi manusia manusia soleh dan solehah, pasti rasa sangat janggal bila tercampak ke tempat yang bi'ah nya tidak solehah atau in simple words, social environment lah. Tempat tempat macam ni selalunya tiada praktis praktis atau aktiviti aktiviti islamik. If there's any, normally strictly unapproved or not exposed, senyap senyap je :(
Jadi , kita kita yang tidak ditentukan Allah untuk berada dalam bi'ah solehah macam UIA ke , Al- Azhar ke, bla bla bla ke, segalanya berhikmah. 

Cuba lah jadi seperti IKAN DI LAUT yang tidak pernah sedikit pun terpengaruh dengan masinnya air laut. Jadi, tidak mustahil kita kita yang berada dalam suasana yang tidak terjaga batas batas pergaulan lelaki dan perempuannya , aurat terdedah sana sini , fesyen jadi keutamaan berbanding agama , coupling jadi budaya wajib etc(*Fuhh ! nak ke cafe pun sakit mata kan T_T) untuk tidak terpengaruh sedikit pun dengan environment yang sangat menyakitkan mata dan hati ni, takut takut mula mula je sakit mata , sakit hati , tapi lama lama become one of them , haaa tu parah.
So , cuba dan cuba lah untuk jadi seperti ikan di laut ! 

Okay then , nak jadi macam ikan di laut ni pasti ada usaha dan ikhtiar kan , kekuatan takkan datang bergolek , takkan Allah nak bagi free free je kot =P

firstly ,
> Sentiasa istiqamah jaga hubungan dengan Allah swt , keep up semua ibadah wajib dan sunat secara istiqamah dan improve jugak tau ! baru Allah sayang , weeee <3 Jadikan Allah teman terbaik sewaktu kalian rasa sangat "alien" . ( * bagi yang pernah rasa , akan tahu bagaimana rasa jadi alien , femes gak ), tp jangan lah waktu jadi alien je , sentiasa yek :D InshaAllah , kalau kita jaga hubungan dengan Allah , Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia . wahhhh , besnyeeeee :D
*solat itu tiang agama !

Then,
> Jangan lah malu , jangan lah rendah diri dan jangan sekali sekali menyesal andai penampilan kalian amat berbeza dengan mereka , dikatakan fesyen lama lah , tak up-to-date lah, kuno lah, rimas, lemas, pelik, apa pon tak boleh lah, macam katak bawak tempurung lah, etc kerana kalian memang berbeza , walau rendah dipandang mereka tetapi tinggi dipandang Allah . BIAR ! biar apa mereka nak kata , kalian tetap kalian ! 
*Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah menyampaikan khabar gembira kepada kita bahawa: “Islam muncul pertama kali dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah orang-orang yang terasing tersebut. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa al-ghuraba (orang terasing) ini?” Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang melakukan perbaikan ketika manusia sudah rosak.” [HR at-Thabrani dalam al –Kabir]
~beruntung andai kalian dilihat asing~

> Cari kawan yang sekepala, boleh la saling ingat mengingatkan , solat jemaah sama sama , berdiskusi ilmiah ,  buat peningkat ketaatan dan komitmen terhadap Deen Islam yang tercinta. Kalau tak dapat cari dalam kampus , cari diluar kampus (*macam saya at first , asyik nangis sebab jadi alien sorang sorang kat kolej T_T), yang penting cari , kalau tak nanti akan rasa sangat kosong then kosong tu akan diisi oleh kawan kawan yang tak sekepala , then jadi lah sekepala pulak dengan yang asalnya tak sekepala, kan naya. =="
*Diriwayatkan drpd Abu Musa Radhiallahu Anhu katanya:
Daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok."  [HR Bukhari & Muslim]
Islam sangat sangat menitikberatkan pentingnya pengaruh kawan kawan terhadap seorang muslim dan mukmin dalam menentukan kukuhnya hubungan antara manusia dengan Allah, mejalankan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA ~
*Rasullullah SAW bersabda “Seseorang itu mengikuti Deen (cara hidup) sahabat karibnya, oleh yang demikian berwaspadalah/ bersikap bijaksana dalam memilih sahabat.” [HR Tarmidzi]

TAPI , ini tidak bermakna kalian tak boleh berkawan dengan yang lain lain , tetap berkawan , be as flexible as can selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. In my case, saya lebih ramai kawan non-muslims dari yang muslims di kolej kerana classmates pun only 3 of them are muslims out of 60, yang lain cuma roomates dan kawan roomates. (:
Dan bila dah berkawan, kita ada tugas ye, sebagai da'ie Allah, pengaruh mereka ke susasana kalian dengan cara yang paling berhikmah , InshaAllah , Allah akan pinjamkan kekuatanNya pada kalian.
*sahabat sahabat sefikrah yang kutemui setelah 5 bulan "lonely" di kolej (:, ada rupanya diorang cuma tak pernah terserempak walaupun kolej tu besar sekangkang kera je =p

> Kalau boleh , hidup dalam jemaah , tak ada di kampus , luar kampus ada . Kalau tak boleh , boleh kan jugak ! hehe (: Kita manusia biasa tak boleh hidup sorang sorang dengan iman yang lemah. Aktifkan diri dengan usrah , program program dakwah di luar, tazkirah , dan banyak lagi lah . Kalau kat kampus sendiri takde , menyebok la kat kampus orang lain, hehehe =P

> Kalau dapat ajak kawan kawan dan mulakan bi'ah solehah di kampus sendiri yang "kosong" , memang TERBAIK lah ! :D

take note : *Kalau kita tolong agama Allah , nescaya Allah akan tolong kita , inshaAllah ^^,

Akhir kata , jadilah seperti ikan yang hidup kerana masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan yang hidup, namun apabila ikan sudah mati , secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.... begitulah hati manusia, hati yang hidup sangat sukar dinodai, tetapi bila hati telah mati, terlalu mudah dipengaruhi :')
S U B H A N A L L AH ! ! begitu sempurna aturan alam ALLAH swt untuk menunjukkan hikmah hikmah kehidupan kita di bumiNYA . Jadi , peliharalah hati kita , istiqamah doa supaya Allah tidak matikan hati kita. INGATLAH, sekeping hati yg tercipta dari segumpal darah itu sangat berharga untuk dipelihara. Suci sekeping HATI maka sucilah segalanya , mati sekeping HATI maka matilah segalanya~

*Allahua'lam ~

Thursday 20 October 2011

T E R L A L U R I N D U

Assalamualaikum warahmatullah :)

Alhamdulillah , setelah sebulan lebih blog ni berhabuk , tiba - tiba terasa nak luahkan sesuatu :')
Alhamdulillah sekali lagi kerana masih dipinjamkan kekuatan oleh Allah untuk saya menggerakkan jari jemari runcing ni untuk menaip (*runcing la sangat , kui kui ) =P

okay , apa yang nak di share kali ni hanya lah luahan perasaan RINDU DENDAM saya sahaja , harap maklum~

Okay , T E R L A L U   R I N DU  ? pada siapa ye ? jeng jeng jeng <3

hurmm ,  saya sangat rindukan sahabat sahabat saya yang sama sama menuntut di SYS dari kami tingkatan 1 sampai lah tingkatan 5 , 5 tahun kami bersama umpama satu keluarga . ohhh, rindunya ! ! !
Alkisahnya , di sekolah ini lah kami dididik , ditarbiah , diajar , dibasuh , dimarah , dimanja , dicubit , ditengking , disayang , dan macam macam ' di- ' lagi la ye . :')
ALLAH , alangkah indahnya jika dapat bersama kalian semula wahai sahabat sahabat ku .

Alkisahnya bermula apabila saya mendaftar masuk ke asrama puteri sekolah ni atau kami gelar ASTRI (:
disini bermulanya persahabatan kami semua , mula mula sekali kenal Farah sebab daftar sekali , dan masuk dorm yang sama . Then , jumpa lah sahabat sahabat lain yang sama dorm , paling terkejut jumpa kawan sekolah rendah time darjah 1 sampai darjah 3 , nama dia Syariza . Agak lama kami tak bersua muka padahal jiran je , satu kampung , hehe . okay , lagi saya ada kawan nama Safina , dia ni sebijik macam saiful apek ! ramai lagi lah sahabat sahabat saya , nanti akan tersebut la nama nama mereka dalam kisah kisah yang bakal diceritakan ye .

Banyak perkara baru yang kami belajar disini , solat jemaah pada waktu subuh , maghrib dan isyak , baca mathurat berjemaah selepas maghrib , baca al-mulk sebelum tidur , petang petang wajib turun riadah , lepas zohor dan isyak wajib pegi prep dan banyak lagi , semuanya wajib, takde siapa boleh lari. Bagi kami yang baru form 1 waktu tu , semua perkara ni adalah sangat baru , seronok dan agak melelahkan sebab berkejar kejar ke sana sini kan , kalau lari nanti kena denda , nak tak nak kena buat jugak. Semua ni lah yang mengajar kami cara nak bahagi masa , paling penting tak boleh buang masa , kalau tak mesti lambat . Sebahagian dai kami memang sangat bagus , sentiasa awal pergi sekolah , pergi prep dan lain lain dan pasti lah sebahagian lagi dari kami yang kadang kadang lewat nk ke sana sini , hehe , kadang kadang je tau , biasa lah budak budak. Kami belajar basuh baju sendiri , bangun pagi sendiri , kemas barang sendiri , semuanya sendiri lah. Then , ingat lagi kamu semua kena panggil dengan senior form 5 , lepas tu faham faham jelah apa jadi kan, kena basuh la, huhu. Sebenarnya senior senior nak ajar kami hormat dan respect diorang dan sesama kami tapi dengan cara diorang la kan. Balik dorm semua mata merah nangis, hoho. Kenangan ~ So , the points here are we manage to be independent without our parents, give respects and love to each others and manage our time well !


okay , bila dah masuk form 2 , kami dapat warden baru : ustazah Ainon yg tercinta ~ seiring dengan tu kami belajar benda baru . Ustazah wajibkan kami penghuni ASTRI memakai stokin setiap kali nak keluar dari kawasan asrama perempuan , contoh pegi prep kat kelas or library ke. Mula mula pelik jugak , kenapa lah tiba tiba kena pakai stokin ye , rupa rupanya kaki ni pun salah satu aurat wanita yang perlu ditutup, baru kami tahu yang hanya wajah dan telapak tangan yang boleh di expose di hadapan bukan mahram. (: Yeay ! kami berjaya menutup aurat dengan sempurna di sini dan kami praktik kan bila balik rumah jugak . suka suka ! ^^,
okay , tahun ni pertama kali kami terlibat dengan MTQ daerah kinta , ada di antara kami yang masuk pertandingan Marhaban , Nashid , dan lain lain . Ingat lagi kenangan kita semua berlatih marhaban sampai hilang suara sebab menjerit jerit , hehe. Suka sangat lagu marhaban yang ustazah ainon ajar, sedap kan. Saya, puteri, nina, dan lain lain hari hari berlatih sampai la hari pertandingan, kami menang naib johan ! fuhh , tak sangka , kalah tipis dengan sekolah Izzuddin Shah, biasalah diorang lelaki, suara lebih mantap la kot, lagipon juara bertahan rasanya. takpe dah cukup bangga sebab kali pertama kami masuk dah dapat naib johan, hehe, terima kasih ustazah ! :D Time form 2 ni , saya ada kenangan pelik dengan sorang sahabat ni , namanya Ayu, hehe, kalau teringat kisah ni balik , terasa lah sangat kebudak budakan nya kami, bayangkan lah , gaduh x bertegur lebih enam bulan tak silap semata mata gaduh berebut bilik air, hahahahahahaha , geli hati betul :D ceritanya macam ni, time tu ada di antara kami yang berpuasa khamis. Alkisahnya saya baru bangun tidur dan tengok waktu nak dekat maghrib, jadi kelam kabut la nak pegi mandi kan, nak siap siap turun dewan makan, dalam bilik air semua penuh, jadi saya tunggu la turn seorang sahabat ni tengah mandi , bila dia keluar , saya nak masuk la, tibe tibe je ayu ni muncul dari mane entah dengan muka  mamai kata dia dah cop bilik air tu lepas kawan lagi sorang tu keluar, saya pun naik angin la ( time tu memang saya sangat lah panas baran) , saya terus je masuk , lantak la apa nak jadi pun, yang silap nya ayu ni pun panas baran gak , hahah. Maka , terjadi lah acara perang di dalam bilik air yang sempit tu, hahaha , malas la cerita adegan dalam tu, tapi saya menang , ayu balik dorm nangis nangis , hehe, jahat betul saya ni. Rupanya ayu pun puasa , tapi sebab kejadian tu dia tak turun buka puasa pun , saya pula turun buka puasa dengan muka macam singa betina. hahahaha. selepas tu , kami langsung tak bertegur sapa walaupun satu kelas dan dorm sebelah. Yang kelakarnya , kawan kawan dan senior duk usik usik kami macam kami ni pasangan bercinta yang tengah bergaduh , hahaha. kami ni pun satu, ego tinggi sangat , masing masing tak mahu minta maaf, padahal mana ada marah dah. Tapi akhirnya kami berbaik jugak time Jamuan akhir tahun asrama secara tak sengaja. Tak tahu lah kenapa kenangan yang ni sangat segar dalam ingatan saya , tak tahu lah ayu ingat lagi ke tak :D kelakar kan kami, hahaha. Moral of the story, time puasa , kurangkan lah tidur time puasa dan jangan tidur lepas asar, sebab nanti boleh bertukar jadi senga betina. :D
Lagi pengalaman berharga waktu form 2 ni ialah apabila kami dipanggil ustaz dan ustazah untuk berkumpul di padang pada waktu malam semasa orang lain sedang nyenyak tidur. pelik jugak, kenapa lah agaknya. Rupanya ade sesuatu yang ustaz dan ustazah ingin betulkan, ada di antara kami ni kurang menjaga pergaulah antara lelaki dan perempuan atau tidak menjaga ikhtilat dalam bahasa islami nya. Disebabkan hal ni , timbullah budaya ' couple ' dan adik angkat , abang angkat antara pelajar lelaki dan perempuan kat sys ni. Jadi , ustaz dan ustazah ajak kami muhasabah diri balik dan terangkan hukum sebenar ber ' couple ' dan berangkat angkat dengan ajnabi ni, sangat lah dilarang dalam Islam kerana perkara ni sudah dikira menghampiri zina, kan Allah ade berfirman " Jangan hampiri zina", patut lah ustaz marah sangat sangat apabila terjumpa surat cinta lah , aduan dari pelajar lelaki lah dan macam macam lagi lah. Kami ni kan tanggungjawab ustaz dan ustazah, jadi mereka sedaya upaya menyedarkan kami tentang hal ni walaupun ramai yang tak boleh nak terima, dan saya pun blur blur je malam tu sebab ngantuk tapi sampai sekarang saya ingat pesan ustaz dan ustazah yang ni. Alhamdulillah terima kasih ustaz dan ustazah kerana menjaga kami dari dimurkai ALLAH :') Alhamdulillah~


ni gambar waktu kami form 2 bersama ustaz dan ustazah tercinta <3 
*semua muka budak budak lagi (:   



Okay , satu perubahan besar apabila kami semua melangkah masuk form 3. Apa perubahan tu eh ? positif or negatif ? ermm, ustazah ainon wajibkan semua pelajar KAA dan RK pakai tudung labuh bidang 60 ke sekolah, yang KAA tudungnya warna biru laut, yang RK tudung putih. First impression kami semua, " mak aih, labuhnya ! " hehe, first time nak pakai tudung labuh ye kawan kawan, agak teruja , tak kurang juga yang tak puas hati, macam macam reaksi lah time tu. Walau apa pun , peraturan tetap pertauran , hari pertama ke sekolah kami pakai tudung labuh , wahhh , saya rasa macam orang baru , besnyee walaupun rimas sikit, rasa macam kat sekolah agama kan waktu tu kawan kawan, sampai kalau kami pergi apa apa majlis atau program kat luar sekolah , mesti orang ingat kami ni pelajar sekolah agama , tapi kami ni kelas agama je. Memang sangat cantik rupanya bila tengok orang pakai tudung labuh, rasa tenang je kan. Then , ada lah diantara kami yang dah tunjuk minat pada tudung labuh , dan mula tempah tudung and pakai pegi prep , tapi ada jugak yang kurang minat. biasalah manusia kan , rambut sama hitam , hati lain lain , chewaaahh ! =P Tiba tiba teringat perangai nakal saya dan sahabat baik saya Ain waktu form 3, hehe. Kami dudk paling belakang sekali dalam kelas, nakalnya sebab suka makan dalam kelas time cikgu ngajar, ish ish ! ( jangan tiru aksi kami ye)*
paling tak tahan , lepas rehat lah , kami bungkus nugget or cucur satu plastik penuh penuh dengan sos nye , buat bekalan makanan dalam kelas , mentang mentang duduk belakang sekali yek Ain , hehe. Pastu suka nyanyi nyanyi, seronok lah ! usik Awin yang duduk kat depan ain. Wahhh rindunyeeeee !!! :(
Yang paling rajin belajar time tu sahabat sahabat saya yang pandai la time tu Fasiihah and Fadhillah : dua budak cerdik dalam kelas saya , anak emas ustaz ni , hehe *gurau je, jangan marah ye :) Dah la pandai , sopan je, bukan nakal macam saya ni (; tahun ni kan nak PMR , jadi bila dah hujung tahun tu , semua jadi rajin study , siapa tak nak result cemerlang kan. Okay , kisah sedih time PMR lak , siapa yang duduk kelas first time exam tau lah apa yang berlaku. Waktu English paper 2, saya dah sangat ready nak buat essay , masa yang tertera di whiteboard ialah " 9.55 - 11.55 ( 1 1/2 jam ) " perhati betul betul ye apa yang tertulis tu, jadi saya pun bajet la berapa lama masa nak buat essay , summary and literature. Selepas semua dah siap , cuma summary je saya belum salin dalam kertas jawapan lagi , saya tengok jam dah 11.25, jadi saya senyum la sebab ada lagi setengah jam untuk saya salin summary tu dalam kertas jawapan cantik cantik, TAPI tiba tiba ada seorang pengawas peperiksaan ni , dia ke depan dan padam no 5 jadi 2 macam ni = 11.55 --> 11.25 , fuhhh , memang terkejut badak la saya , rupanya dia salah tulis , sepatutnya sejam setengah je , tapi dia tulis 2 jam , lepas tu senyap senyap pegi tukar , dah la tak bagitahu , ingat kami tak nampak, tapi apakan daya , pengawas tu dah announce yang masa dah habis dan mula kutip kertas, saya yang belum salin apa apa jawapan summary dah rasa macam nak pengsan, menggigil tangan tak tahu la kenapa , tapi saya cuba tulis jugak namun tangan tak mampu nak tulis sebab saya pun tak faham apa yang saya tulis , terlalu takut rasanya. Bila pengawas tu tiba depan saya minta kertas , saya rasa macam nampak harimau , hantar jela kertas yg summary nye tak berjawab , ALLAH T_T , keluar kelas terus nangis , huwaaaaa :( memang tak dapat A la, dan memang result keluar English la yang mencacatkan sikit result saya , huhu , apa pon Alhamdulillah sebab result still cemerlang ^_^ Pengalaman yang mengajar supaya kita menjadi lebih teliti kan. Syukur ya Allah. lepas PMR , dok layan korea ramai ramai kat dalam surau, ish ish ape nk jadi lah , sampai nangis nangis tengok korea ye Safina, hehe
banyak lagi yang berlaku time form 3 ni tapi tak tercerita la agaknya.=p

okay , lepas semua dapat result, kami pun melangkah ke tahun yang baru , dan ke kelas yang baru , kelas kami namanya 4 SA ( Sains Agama ), alhamdulillah gembira sangat sebab masih diberi peluang untuk terus belajar bahasa Arab. At first , saya , Fadhillah , Fasiihah dan sahabat sahabat lain sangat teringin nak masuk ke sekolah agama berasrama penuh , kami memang menanti tawaran dengan penuh debaran. TAPI , habuk pun kami tak dapt , huhu T_T . agak terkilan di situ sebab memang agak mengharap waktu tu , biasalah , manusia hanya boleh merancang , tapi Allah jua yang menentukan , dan perangcangan Allah itu lah yang terbaik buat kita , He always knows the best ! jadi , kekal lah kami dalam kelas 4SA tersebut , diperkenalkan dengan subjek subjek baru , dapat kawan baru Hanis dan Laily, seronok ! Time form 4 ni , saya dan sahabat sahabat semakin aktif , team bola jaring sekolah , majoritinya sahabat sahabat comel saya --> Ain , Fadhillah , Syariza , Safina , Ana Pie, Afiqah dan lain lain , diorang ni sangat hebat asyik menang je then ade yang terpilih ke peringkat negeri, korang hebat ! walaupun bila baru balik dari perlawanan semua muka dah berkilat , hehe. Lagi , kami terlibat dengan Ihtifal KAA dan SMKA, 2 acara yang kami bolot adalah Qalam Jamaie dan Kuiz AlQuran, saya , Fadhillah dan ada seorg senior ni msuk Kuiz , sahabat sahabat yang lain semua masuk Qalam Jamaie , uataz Azrul yang latih , memang terbaik lah diorang , saya dan fadhillah sangat teringin nak masuk tapi apakan daya , takkan nak tamak pulak kan . Qalam Jamaie ni sebenarnya macam Choral Speaking dlm bahasa Arab . Wallahi ! memang persembahan diorang sangat best dan mantap ! yang budak kuiz pulak berlatih dengan ustazah Ainon , memang kerja kitorang khatam buku KKQ jelah tu pon main main , hehe. Hingga tiba hari pertandingan , kami budak Kuiz berjaya masuk Final and akhirnya dapat tempat ke3 , alhamdulillah. Dan yang sangat menggembirakan , Qalam Jamaie muncul Johan , Allah , menitis air mata sahabat sahabat saya,berkat tunjuk ajar ustaz dan usaha diorang, Alhamdulillah . Terbaik ~
Teringat pulak time nak dekat MTQ, ustaz suruh saya masuk pertandingan Hafazan , buat pertama kalinya saya dipilih masuk pertandingan yang memang dari dulu saya teringin nak masuk , alhamdulillah ~
Then mula lah , sesi berlatih di rumah ustaz , tiap petang ajak Fadhillah teman, macam macam perkara yang saya tempuhi sepanjang berlatih di rumah ustaz , ehem ehem , fadhillah ingat lagi tak ? ^_* Siap Munzir ( anak ustaz yang umur 5 tahun ) ajar saya betulkan makhraj huruf 'kho' , katanya kena bunyi macam nak buang kahak , haha . comel ! ~ Time berlatih hafazan sahabat sahabt semua sangat supportive , ada je yang willing nak tasmi' bacaan saya tak kira la kat atas katil ke , kat surau ke , kat kelas ke , rindunyaa saat saat tu , teringat beberapa hari lepas Puteri kata rindu nak dengar saya menghafaz dambil pegang Quran kecil , :') HUrmm, sangat terharu. Terima Kasih sahabat sahabatku sayang <3
okay , sehingga tibanya hari pertandingan, saya ingat lagi , waktu saya melangkah masuk tempat bertangding yang diadakan dalam lab komputer, nama saya dipanggil serentak dengan nama peserta lelaki sekolah saya , jadi ustaz ustazah , kawan kawan semua pegi tengok dia , takde siapa pun yang tengok saya , huhu.
Tapi takpe saya cekalkan hati dan melangkah kearah mic. Time ni ade perkara lawak berlaku, Ketua Hakim mulakan dengan bertanya " hal anti musta'iddun ? " , saya pun jawab lah , "na'am". tiba tiba semua hakim senyum senyum dan buat muka nak tergelak sambil pandang wayar mic yang saya pegang. Rupanya tangan saya sangat menggigil pegang mic sampai hujung  wayar pun nampak gegarannya, hahaha buat malu je. *nervous kot, first time (: dah habis terus keluar , ustaz buat muka pelik, "eh, dah habis ke ?" saya pun "dah"
tak sempat diorang nak tengok. hehe, takpelah takde rezeki
okay then , saya jalan jalan kat SMK TIWA tu , then tak tahu nak buat apa dah , terus ke kantin dan terserempak dengan ustazah Zawiyah dan ustazah tiba tiba ucap tahniah kat saya, saya buat muka pelik , ustazah pun bisik kat saya , "Alhamdulillah , awak johan hafazan shima" saya punya lah terkejut , rupa rupa nya ustazah yang kira markah peserta tu kawan ustazah Zawiyah , patut lah ustazah tahu. Waktu tu saya rasa nak melompat je , memang sangat tak percaya dan ragu ragu , takut berita tu tak betul sebab nanti mesti kecewa, jadi saya dengan seorang junior yang memang ada kat situ diamkan jelah sehingga lah tiba majlis penyampaian hadiah . Waktu ni memang tak rasa apa dah, tak dapat nak rasa nikmat berdebar debar sebab dah tahu keputusan, hoho. Yang paling tak tahan , ustazah Ainon cakap kat saya " Shima kalau tak menang , tak payah balik asrama ! ustazah tinggal je kamu kat sini" huwaaa , menakutkan betul ! tapi saya rilek jela cume berdebar nak tengok reaksi semua orang. Bila nama saya diumumkan sebagai Johan pertandingan hafazan perempuan daerah kinta, hah semua sahabat sahabat saya menjerit bersorak , wahh sangat terharu , terima kasih sahabat sahabat semua ! terima kasih ustaz ustazah semua! Alhamdulillah Thank You Allah <3 Kenangan manis ~
Ade satu lagi yang tak leh lupa , kami form 4 dah kira senior la kan , jadi kami ada lah kumpulkan adik adik form 2 dalam surau dan mulakan sesi membasuh diorang, haha. Actually ada masalah sikit antara diorang , jadi kami sebenarnya nak selesaikan masalah diorang tapi mungkin cara kami agak keras (*nak tunjuk senior la konon ), yang kelakar nya , saya dan Safina lah yang paling garang , budak budak semua tunduk je sebab cuak , yang saya ni depan diorang tegas habis , suara lantang habis , bila toleh belakang pandang kawan kawan , gelak lah apa lagi , tapi takde bunyi lah sebab nanti adik adik tak takut pulak kan , Safina pun sama , sahabat sahabat yag lain pun sama , buat buat garang je lebih , hehe. Kasihan adik adik, tapi alhamdulillah berjaya eratkan ukhwah antara mereka semula (:
Time form 4 ni , ada gak kenangan pahit : salah faham antara kami kan , segalanya berhikmah , mengajar kami erti persahabatan dan kasih sayang kerana Allah yang sebenar , semakin erat ukhwah kami <3

Okay , tahun terakhir kami bersama, tahun ni rasanya kami semua rapat antara satu sama lain , semua rapat , sangat sangat rapat . Tahun ni kami lah yang paling senior , kami lah yang pegang ASTRI , wah wah , hehe
Safina selaku Ketua Asrama yang sungguh berwibawa , hehe. Junior junior semua takut ngan kak pina kan. dan sahabat sahabat lain yang sama sama membantu Safina mentadbir ASTRI (: macam macam kisah jugak waktu ni , tapi macam dah tak larat nak cerita ni. Jadi , cerita form 5 ni saya tinggalkan untuk sahabat sahabat kenang sendiri ye. =P

Banyak yang kami dapat dari SYS , terlalu banyak , syukur kepada Allah kerana mempertemukan kami di sini dengan ustaz ustazah yang mendidik kami sehingga diri kami yang sekarang ini, Alhamdulillah ~
Wallahi ! memang saya sudah tak jumpa sahabat sahabat seperti kalian di tempat lain walau kita semua sudah bertebaran di merata rata tempat di seluruh dunia, kalian tetap dan akan sentiasa di hati saya selamanya. <3

UKHUWAH LILLAHI TA'ALA ABADAN ABADA
UHIBBUKUNNA LILLAHI TA'ALA
SEMOGA KALIAN SENTIASA SIHAT SEJAHTERA DI BAWAH LANDASANNYA TAK KIRA DI MANA PUN KALIAN SEMUA BERADA

*Sangat berharap kita dapat berkumpul semula di ASTRI satu hari nanti, inshaAllah
*Dimana sekali pun kalian berada , jangan lupa ye apa yang kita diajar oleh ustaz dan ustazah disini, itulah yang akan membentuk kehidupan kita disana kelak
*bak kata Fadhillah , sekolah kita memang tak sehebat sekolah agama lain , tapi hanya kita yang tahu betapa hebatnya SYS kerana "SYS IS THE BEST " :D
*Rindukan saat saat kita bersama T_T
*Terlalu banyak kenangan kami , tak tertulis agaknya , yang ni sempat muatkan sedikit je kisah kami sebagai pengubat rindu :')


*ni lah antara wajah terbaru kita kita lepas hampir 3 tahun tinggalkan SYS
*cun melecun semua ! Subhanallah ! <3
*ada pic yang saya tak dapat cari , maaf ye siapa yang takde dalam gmbar ni


Notajari : maaf , bahasa melayu saya sangat berterabur, memang dari dulu susah nak dapat bm A , tambah tambah dah 3 tahun tak belajar dalam bm , maaf ye =p

Thursday 8 September 2011

:: JOM BER'COUPLE' ! ! JANGAN RISAU , YANG NI GERENTI HALAL ! (: ::


Kalau ikut adat orang Melayu , perkahwinan akan dimulakan dengan pertunangan (khitbah dalam bahasa arab). Padahal cara yg diamalkan oleh masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Jadi menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.


Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, 
hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.  Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)  Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!

Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

~ dipetik dari Ustaz Hashim Al-Maranji ~
~ diolah  sedikit je oleh pemilik blog ~

* ape lg , moh le kite praktik ramai ramai (: mudah kan nak couple smbil dpt pahala , halal lagi tu . hee ^^
BUT whatever it is , redha ibubapa yang paling penting kerana REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA IBUBAPA (:

# Allahua'lam #

Tuesday 6 September 2011

:: Fadhilat Al Quran Kalamullah ::



Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )


<3  BISMILLAH (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.



<3  SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.



<3  AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

  • Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

  • Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

  • Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.



<3  SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.



<3  SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.



<3  SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


<3  SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.




<3  SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.



<3  SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.



<3  SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.



<3  SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)

Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.



<3  SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.



<3  SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.



<3  SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.



<3  SURAH AR-RA’D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.



<3  SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.



<3  SURAH AL-HIJ’R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.



<3  SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.



<3  SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.



<3  SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.



<3  SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.



<3  SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .



<3  SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.



<3 SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.



<3 SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.



<3 SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.



<3  SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.



<3  SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.



<3  SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.



<3  SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.



<3  SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.



<3 SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.



<3  SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.




<3  SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.



<3  SURAH SABA‘ (Saba‘)

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.



<3  SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.



<3 SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

  • Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin.” Hadith yang lain mengatakan : “Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik..”

  • Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :”Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”

  • Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.”

  • Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

  • Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

  • Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

  • Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.


  • Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

  • Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

  • Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.




<3  SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.



<3 SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.





Wallahua'lam .

* Marilah kita sama sama membaca , menghayati , dan mengamalkan KALAMULLAH yang terlalu indah ini <3

:: WUDHU' DAN SAINS , SUBHANALLAH ! ::





Tahukah anda wuduk sebenarnya mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan ? Ada beberapa kajian yang mengukuhkan kenyataan ini.



Dalam satu artikel yang bertajuk Muslims Rituals And Their Effect On The Person’s Health oleh Dr. Magomed Magomedov dari Akademi Perubatan Daghestan State melaporkan bahawa berwudukmerangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang  kawasan-kawasan yang tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi.



Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji ilmu refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi ini dirangsang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.




Berdasarkan ilmu Perubatan China, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Dan daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya  berada dikawasan wuduk utama orang Islam. Manakala 5 lagi kawasan terletak antara buku lali dan lutut dimana ia kawasan yang disunatkan berwuduk. Subhanallah ! disamping kita berwuduk dalam menunaikan ibadah ia juga mengadungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai Penyakit.




Selain itu Dr. Magomed menyatakan,Apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan sistem saraf.



Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang. Manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, merangsang sistem saraf yang berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Dalam satu buku yang bertajuk Prayers: A Sport For The Soul and Body tulisan Mukhtar Salem melaporkan bahawa berwuduk mampu mencegah seseorang daripada kanser.Hal ini disebabkan mengikut kajian semasa salah satu punca kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan anggota badan melalui wuduk ini secara tidak langsung membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini. Subhanallah !



Berhubung dengan perbuatan berkumur semasa berwuduk dengan tujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat dicelah-celah gigi ditambah pula dengan galakan nabi supaya bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk.


Sabda Rasulullah SAW ; " Seandainya tidak memberatkan ummatku , maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali wudhu' " ( Muttafaq 'ilaih )


Allahua'lam (:
* Jom sentiasa berada dalm wudhu' dan perbaharui wudhu' kita dalam apa jua keadaan ! dan jangan lupa untuk bersiwak ( bersugi ) setiap kali hendak solat fardhu , sangat segar inshaAllah ^^