Friday 29 July 2011

U . J . I . A . N

بسم الله الرحمن الرحيم 

~Assalamualaikum warohmatullahita'ala wabarokatuh ~

Alhamdulillah ! for the first time , im gonna start blogging (: inshaAllah

" UJIAN " , apa tu ? haa , setahu saya ada banyak jenis ujian ni , yang paling famous sekali ujian kat sekolah , kan2 ! atau lebih dikenali sebagai peperiksaan , kita akan diuji dengan apa yang kita dah diajar kat sekolah .
bila nak dekat ujian je , mula semua orang buat preparation kan , ade yang study sampai tak tidur malam , study 24 jam sampai tak buat benda lain , BUT ade gak yang goyang kaki je *genius la katakan, kui kui .


*teringat time buat exam zaman sekolah dulu , agak agak dah blur , tidur la , hehe =p*



TAPI , adakah kita tahu yang sebenarnya hidup kita ni pun sebenarnya satu UJIAN ? ?  ada satu kata- kata ayah tercinta yang selalu saya ingat :    " kita ni celik mata je ade urusan , segala urusan kita adalah ujian , bila tidur je kita terputus dari segala ujian " wallahu'alam , lebih kurang macam ni la bunyi nye (:
jadi , perasan tak dari mula kita celik mata dari tidur , mesti kita rasa malas sangat nak bangun , nak kena solat subuh lagi , kena mandi pulak , kena siap2 untuk mulakan hari kita dengan berbagai bagai urusan ; kalau student nk ke kelas , kalo kerja nk kena ke pejabat , kalo surirumahtangga kena uruskan rumahtangga , haa semua orang ada urusan masing masing . Jadi , apa ujian yang ayah saya maksudkan ye ? hurmm , haaa
 ' MALAS ' ! itu lah satu perasaan / sikap manusia biasa macam kita ni kan , ini lah ujian pertama setiap pagi yang biasa dihadapi oleh setiap manusia yang lemah macam kita ni , wallhua'lam (:


jadi, tak mau la layan perasaan tu, perlu bijak hadapi ujian (: celik mata baca doa tidur , then prepare untuk solat subuh sebagai pembuka hari supaya dipermudahkan segala urusan , inshaAllah ^^ bila dah lepas ujian pertama ni , baru lah boleh hadapi ujian yang akan terus menerpa dalam kehidupan seharian kita .

Oke , ade setengah orang cakap mana ada ujian hari hari , ada je hari yang kita gembira sangat , mungkin sebab dapat duit banyak ke , dapat isteri cantik @ suami handsome ke *hehe =p , dapat result cemerlang ke , dapat keja bagus ke , haa byk lagi la . TAPI sedar tak kita bila dah terlalu gembira , kadang kadang kita lupa siapa yang beri kita kegembiraan tersebut , kita lupa nak panjatkan kesyukuran , dok sibuk cerita kat orang je kegembiraan kita tu sehingga kadang kadang menimbulkan perasaan riak ? haa , ni la yang bahaya . Ini juga salah satu bentuk ujian yang kita tak nampak . JADI , berwaspadalah wahai diriku dan sahabat sahabatku sekalian . Jangan pernah leka , sentiasa mengingatkan diri sendiri dan orang lain . Allahua'alam ^^

UJIAN SAKIT , haa ni satu lagi ujian yang selalu dianugerahkan ALLAH pada kita , sakit ni boleh menghapuskan dosa - dosa kecil @ kaffaroh dosa . YAALLAH , baiknya ALLAH kan nak hapuskan dosa - dosa kita ni , padahal kita tak pernah berhenti melakukan dosa kan . T_T
Jadi , bila ditimpa sakit , pertama sekali ; ucaplah ALHAMDULILLAH , syukur kerana ALLAH amat pemurah untuk hapuskan dosa dosa kita yang bertimbun free free je (: jangan jadi lemah bila sakit , tapi bergembira lah kerana ALLAH LOVE US ! <3
*kan comel kalau kita dapat senyum time sakit (: *

seterusnya , mesti ramai yang tertanya tanya , "kenapa mesti hidup kita ni dipenuhi ujian ? bukan best pun , asyik sedih je , bila nak gembira ? " haa, pernah rasa macam ni x ? jeng jeng jeng =p
jawapan yang paling mudah ---> " syurga dipagari kesusahan , manakala neraka dipagari kesenangan "
haa jom sama sama kita berfikir ye , siapa yang nak masuk syurga ? ? angkat tangan ! hehe , mesti semua angkat tangan kan . haa , sebab apa nak masuk syurga ? mesti ade sebab kan , (: saya tahu sebabnya ;
  • syurga itu indah ,
  •  segala kebahagiaan ada di syurga , 
  • dan the MOST important is to meet ALLAH MAHA BESAR , inshaAllah 
 SUBHANALLAH ! sungguh nikmat rupanya syurga ni ye . jadi , untuk ke suatu tempat yang sangat sangat indah ni , tak kan lah senang senang je nak sampai sana kan , mestilah lalui segala onak duri kat dunia yang penuh cabaran ni , baru lah boleh sampai ke SYURGA ALLAH YANG INDAH , inshaAllah (:

MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU MANIS
* copy dari salah seorang fb friend*

Jadi, bersyukurlah wahai diriku dan sahabat sahabat sekalian , bersyukurlah walau diberi ujian seberat mana pun kerna itulah tandanya ALLAH sayangkan kita , ALLAH beri peluang untuk kita melangkah setapak demi setapak untuk menuju ke syurgaNYA yang kekal abadi , inshaALLAH ! <3
Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم 


فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


Allahua'lam (:
segala yang ditulis hanya dari Allah swt yang saya hanya menjadi asbabnya tertulis disini ^^