Sunday 1 July 2012

Bila Hati Terlalu Sakit


Bila hati dilanda kesedihan yang amat sangat, mesti rasa nak pergi jauh, jauh sejauh jauhnya..
Nak pergi jauh dari semua orang yang menyakitkan hati ini.

Bila hati terlalu sedih begini, hanya yang buruk buruk sahaja yg kelihatan pada manusia yang menyakitkan hati. Terasa diri ini teraniaya sangat.
Segala memori pahit yang lalu datang menyapa.
Hati menangis lagi.
Kering sudah air mata.
Senyuman sudah tak mahu menyapa.
Apatah lagi nak bergelak ketawa walau ada yang cuba. T_T

Tenanglah wahai hati, sudah lupakah segala kebaikannya ?
mana pergi semua kenangan manis bersamanya ?
Adakah hanya kerana sebaris ayat yang sangat menyakitkan itu, segala jasanya sudah lenyap ?

Ingat ! 
Kau juga punya keburukan.
Punya kesalahan.
Pernah menyakitkan.
Pernah menuduh dan menyalahkan

Kini tiba giliran engkau !

Jangan kau angkuh !

Tilik balik dirimu, belek hatimu, apa yang sudah engkau lakukan.
Mungkin ini balasan dosa lalumu, engkau diberi seksa perasaan.
Mungkin juga Allah mengujimu, kerna kau makin alpa.

Bukan beerti kau tak boleh bersedih bila disakiti.
Bersedihlah, tapi cukup sekadarnya.
Takut tertanam barah benci dalam hati.
Seksa perasaan akan bertambah parah nanti.
Hilang manis dalam senyuman.
Lenyap kegembiraan bersama.
Punah ikatan darah yang ada.
Adakah itu yang kau mahu ??

Tidak kan ?

Jadi.
Setelah itu, muhasabah kembali diri.
Kenapa ini terjadi ? Kenapa kau yang disakiti ?
Kerna setiap yang berlaku itu ada sebab tersembunyi, ada hikmah yang menanti.

Percayalah, walau sedalam mana kau dilukai.
Walau hatimu dihiris berdarah
Disakiti tanpa belas
ALLAH tetap disisi.
Luahkan segalanya, hanya padaNYA
InshaAllah, ketenangan akan menjadi milikmu.
Ketenangan dalam bertuhan.


T___T