Tuesday, 10 April 2012

# Sungguh Susah ! # -_-

Sungguh !

Terlalu susah untuk memilih

Kerna pabila ku pilih satu

Pasti ada celaru

Jadi ku beralih ke pilihan lain

Ini juga tidak tepat

Ada sahaja yang tak kena

Tak mengapa

Masih ada pilihan lain

Ku fikir ini yang terbaik

Namun

Masih ada penghalangnya

Allah ! T_T

Setelah istikhoroh menjadi peneman

di kala gelap sunyi

Hampir ku terlantar putus asa

Berendam air mata

Terasa mahu buang semuanya jauh

Biar diriku sunyi tanpa pilihan



Aiwah

Inilah yang sering ku katakan pada mereka

Kini Dia meguji ku pula

Ku fikir ku bijak merancang

Perancang terhebat sentiasa Dia

Mungkin rancanganku tampak indah

ketentuanNYA jauh lebih sempurna

Ku tak mahu meminta dihapuskan ujian

Ku cuma mengharap secebis kekuatan

dariMu ya Rabb =')



Kini redha atas segalanya

Walau terlalu susah untuk menerima pada mula

Terima kasih ya Allah

Menghadiahkan ku ujian nikmat

Yang menyedarkan ku dari khayalan panjang

Dan mengetuk hatiku untuk merintih panjang

Di pangkuanMu

=')



# Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka #

# Hope that we are strong enough to look only for Allah #

# Smile even your qalb is crying ^__^ #


Allahua'lam*













Friday, 17 February 2012

# Tautan Hati Kita #


Masa mula ku menapak ke sini

Tujuanku hanya untuk menadah ilmu

Tetapi

Tercalit sedikit ketakutan

Takut ku kan hanyut

Hanyut bersama mereka

Sering hatiku berprasangka

Mampukah ku bertahan

Mampukah ku menjaga

Mampukah ku istiqamah

Dengan apa yang ku tekadkan selama ini

Suatu hari

Dalam sunyi ku di sini

Hadir kalian yang mengisi hatiku

Perkenalan kita di Ramadhan lalu

Titipkan kasih sayang antara kita

Alunan ayat ayat suciNya di bibir kalian

Mencipta tautan hati antara kita

Namun

Tiap pertemuan yang tercipta

Pasti diiringi perpisahan

Moga yang terpisah hanya jasad

Tetapi tidak hati hati kita

Ku sayang ukhwah ini

Ku cinta ikatan ini

Moga kita bertemu lagi kelak

Jika tidak di sini

Di sana nanti InshaAllah  =')




* Uhibbukunna lillahi ta'ala *


Notajari : Moga kalian menjadi nurse nurse yang cantik dan beriman dimata Allah ^^,


Wednesday, 8 February 2012

:: Maafkan saya ::


Bila saya tak suka

Saya akan beritahu

Itu cara saya

Saya perlu jujur

Kalau tak , saya tertekan

Cuma kadang kala

Kejujuran saya melampau

Kata kata saya kasar

Cara saya menyakitkan

Saya memang cepat marah

Tapi itulah saya

Bila saya sayangkan seseorang

Saya akan jujur dengan dia

Kalau tak suka

Tak suka lah

Kalau suka

suka lah

Tak nak tipu tipu

Saya kasar tanda kasih

Saya marah tanda sayang

Harap faham ye 

Maafkan saya =)






:: Saat Kau Tiba ::

Akhirnya.......

Lama ku mengharap

Lama ku menanti

Penuh debar

Hati gementar

Jari menggeletar

Lutut pun longgar

Peluh menitis

Tekak terasa pahit

Jantung bagai nak keluar

Saat ku diberitahu

Kau hampir tiba

Dan nyaris ku pengsan

Pabila ku lihat

Kini kau di hadapanku

Ku cuba bertenang

Kerna kau masih tak jelas dipandanganku

Makin ku rapat untuk melihatmu

Dan saat itulah

Aku nampak pointer ku

Di wajah mu

Berkali kali ku pastikan pointer itu milikku

Ya ! memang itu lah pointer ku

* Tiada perasaan *

Tak tahu nak sedih atau gembira

Mungkin

Tak perlu ku bersedih

Kerna itu bayaran buat usaha ku

Aku terlalu yakin

Untuk yang lebih tinggi

Sebab itu tercalit kekecewaan

Aku tak layak untuk kekecewaan itu

Kerna usaha aku yang terlalu sedikit

Aku hendak gembira 

Namun ku tak mampu

Aku redha

Terima kasih Wahai Allah ku =')


* tak tahu mana satu nak dirasa*

Tuesday, 7 February 2012

::Saya dan Awak ::


Awak

Saya nak kenal dengan awak

Saya nak tahu semua tentang awak

Sebab , saya nak kawan dengan awak

Saya nak jadi baik macam awak

Jadi , saya nak awak marah saya kalau saya tak baik

Saya nak kongsi cerita saya dengan awak

Saya nak dengar cerita awak

Saya nak bergurau senda dengan awak

Saya nak jadi penyejuk mata awak

Saya nak gaduh dengan awak

Saya nak bermanja dengan awak

Saya nak semuanya dengan awak

Saya nak hidup dengan awak

Hidup sama-sama kat sini sampai sana nanti

Tapi , saya tak tahu siapa awak

Saya tunggu awak

Nak datang nanti bagitahu dulu tau

Bagitahu ayah saya 

Saya tunggu

*saya taip sambil tersenyum*

:: Gelojak hatiku mendesak....... ::

Aku menanti,
Satu laluan suci,
Bergerak atas kalimahMu,
Bangkit, lalu berlari,
Meraih kedaulatan syariatMu.

Akulah insan sang perindu,
Kerajaan ini mengubah mimpi ngeriku,
Kerajaan ini menadah memohon taubatmu,
Kerajaan ini tunduk pada agamaMu,
Kerajaan ini menundukkan hawa nafsu,
Kerajaan ini meraih redhoMu.

Akulah pemilik air mata itu,
Sayu, menatap darah saudaraku,
Marah, hududMu diberi alasan seribu,
Hiba, kaumku penghias muka buku,
Resah, digonggong demokrasi tak berisi,
Punah, Kapitalisme disuap mulut sendiri,
Luluh, fitnah dijaja sana sini,
Sepi, agamaMu masih tidak mencerap dihati.

Lantas,
Di mana kerajaanku yang adil ?
Di mana pemerintahku yang taat ?
Di mana penguasaku yang soleh ?
Di mana dia untuk diriku ?

Apakah pemerintahku buta ?
Sehingga tak terbaca peringatanMu.
Apakah penguasaku tuli ?
Sehingga tak terdengar amaranMu.

Sungguh ! mahuku hanya satu,
Ingin menjadi sang pencinta agamaMu,
Dalam keterikatan syariatMu.

Di bawah sistem itu,
Di bawah dia yang belum kutemu.

Gelojak hatiku mendesak,
menikmati manisnya dibawah khalifah itu.

Sebelum diriku rebah menghadapMu,
Ameen ya Rabb.

Janji Allah itu pasti ! :')