Saturday 30 June 2012

Kenapa Awak Begini ??

Assalamualaikum warohmatullah..


I. Awak, kenapa awak takut bila manusia tahu dosa yang awak pernah buat tetapi tidak takut pada Allah ?

II. Awak, kenapa awak asyik tinggal solat padahal hati awak kata awak nak berubah ?

III. Awak, kenapa awak asyik cari keburukan orang lain padahal banyak lagi keburukan awak yang terserlah ?

IV. Awak, kenapa awak terlalu kejar cinta dunia berbanding cinta Hakiki ?

Kenapa awak ?

Kenapa ?

Dan kenapa ?

I. Sebab awak lebih pentingkan pandangan manusia, awak lupa Allah ada.

II. Sebab awak kata awak nak berubah semata-mata kerana melihat orang lain berubah baik, awak pun nak tapi awak tak ikhlas kerana Allah, awak ada niat lain.

III. Sebab awak rasa awak dah cukup baik, dah perfect.

IV. Sebab awak buta menilai mana yang lebih bernilai.

KENAPA ? sebab iman awak dah hampir ZERO !

Tolonglah awak, saya minta tolong sangat sangat kat awak, tolonglah bangun dari lamunan ni, bangun dari kelalaian ni. Awak dah tak sedarkan diri dalam tipuan dunia ini, awak dah tertipu dengan syaitan durjana.

Apa nak buat ni ??

Check niat awak balik. Betulkan niat awak. Update niat awak setiap hari. Niat apa ?
Kerana apa awak hidup hari ini ? Kerana apa awak buat itu ini ?

Kenapa kena ada niat yang betul ??

Sebab hidup di dunia ni ada sebab
Ada tujuan
Ada tempat untuk dituju.

Sebab nak cari keredhaan Allah dalam setiap satu yang kita lakukan.
Tujuannya adalah untuk mengumpul bekalan untuk dibawa ke akhirat. Nak pergi jauh ni, takkan tangan kosong je kan awak.
Dengan bekalan itulah kita nak tuju ke Syurga Allah, nak jumpa Allah Maha Pengasih. T_T

Bila dah niat sekali, jangan ingat niat kita takkan terganggu awak. Sebab macam macam lintasan hati yang buruk buruk akan muncul, sebab itu perlunya istighfar yang sentiasa, biasakan lidah dan hati kita dengan istighfar. Tengah dok merempit pun boleh istighfar. Layann ~

Then, dah niat, kena ikhlas.

Tipulah kalau kata senang je nak ikhlas. Memang susah sangat nak ikhlaskan diri buat sesuatu.
Kerana ikhlas tu satu darjat yang tinggi yang hanya Allah yang boleh menilai.

Contoh, A ni rajin solat sunat bila ada org tengok, lepas tu dipuji rajin, alim blablablabla......
Tipulah kalau si A x rasa riak walau sedikit pun kan, itu normal sebab ikhlas tu sangat susah.
Walau susah, tak bermakna tak boleh nak ikhlas, ada caranya. ISTIQAMAH.
Dengan istiqamah, kita akan beramal yang sama tidak kira depan orang atau belakang orang.

Mungkin pada mulanya, tidak ikhlas solat sunat, kerana dipuji orang blablabla........
tapi bila kita istiqamah, sentiasa buat, kita akan lupa tentang orang lain. Ikhlas tu akan datang dalam diri inshaAllah.

Awak perlu sentiasa mencari ilmu, menambah ilmu dan menyebarkan ilmu. Dengan itu, hati akan hidup inshaALLAH. =')

And, awak jangan lupa berdoa setiap kali sesudah solat supaya Allah ikhlaskan hati kita dalam setiap satu amalan kita.

T__T

Awak, istiqamahlah walau amalan itu sedikit.
Tiada guna amalan yang banyak tetapi hanya sekejap cuma.
Yang paling penting, beramallah dengan ILMU, bukan sekadar ikut-ikutan.

Awak, sentiasalah tanya soalan soalan sebegini dalam diri, kenapa diri ini macam itu dan macam ni, muhasabah selalu. InshaAllah , Allah akan tnjukkan jawapan dan berikan jalan.


'Awak' itu adalah saya terutamanya, kalian, mereka dan semua.


Jagalah hati selagi hati hidup, jangan sampai hati mati.

No comments: