Saturday 28 January 2012

Ukhwah Fillah atau kita perasan sorang sorang je ??

Assalamualaikum warohamatullah ^^,

Subhanallah walhamdulillah walaailahaillallah (:



Ukhwah Fillah tu ape ye ?
Lagi satu , mesti pernah dengar kemanisan ukhwah fillah kan , haa yang tu macam mana pulak rasenye ? Manis macam apa ? gula ? madu ? ?_?
Kalau setakat dah kenal , then hari-hari dok sebut kat sahabat-sahabat kita " ukhwah fillah ye :)" , " ukhwah fillah abadan abada " , etc tu maknanya dah dapat ukhwah fillah ke eh ? Ada rasa manis ke ? hoho
dan lagi satu yang paling femes , wujud ke ukhwah fillah antara lelaki dan perempuan ??

Persoalannya kat sini, macam mana sebenarnya yang dikatakan dengan ukhwah fillah ni ?_?
*haa fikir fikir! jangan tak fikir :)

Rasanya ramai yang tahu , cuma saya nak kongsi je apa yang saya kongsi bila ada beberapa sahabat dan adik adik yang bertanya soalan soalan di atas ni =)

Jom kita jawab satu persatu soalan soalan kat atas tu eh. Mengikut apa yang saya baca di satu laman web ( tak berapa ingat kat mana ) , ukhwah ni bermaksud ikatan antara Muslim tanpa mengira darah atau warna kulit . Kalau tambah lillah kat belakang maknanya ikatan antara Muslim kerana Allah iaitu hanya untuk mendapatkan redha Allah subhanahu wata'ala.

Itu definisi umum je , apa praktikalnya ye ?
kata kata / sms / post di FB etc dari seorang muslimah kepada seorang lagi muslimah = 1. " ana rindu lah kat enti, ukhwah fillah abadan abada " fullstop. 2. " Kite sayang kat kamu sangat sangat lah sebab sentiasa faham masalah kite dan sokong semua yang kite buat, :') " 3. weh , aku ngan ko membe sampai mati tau ! baik jahat semua kita buat sesama, caya lah! Ko la kawan dunia akhirat aku beb " dan lain lain.

Kalau kata macam yang no 1 tu tiap tiap hari tanpa tindakan lain , mau ke jadi ukhwah fillah nya ?

Yang no 2 tu pulak memang best lah dapat kawan camtu , sentiasa faham dan SOKONG SEMUA yang kita buat tak kisah lah yang kita buat tu Allah suka ke Allah tak suka ke kita je ke yang suka ke kan., kira ukhwah fillah tak ni ?

Yang no 3 memang sempoi kan , bukan setakat sokong siap BUAT sama sama lagi tak kira baik or jahat kira dia tahu la kalau dia buat jahat , memang sempoi , bahagia hidup ada sahabat camni tapi bahagia kat dunia je lah kot ye, ukhwah fillah jugak ke camni ?

Ada banyak lagi tapi saya ni x berapa ghajin nak menaip , hehe *tu pasal blog ni sunyi sepi je sampai habuk tebal 5 inci , huhu*

Situasi lain pulak , kalau kita join program program jemaah ke , aktif berpersatuan ke , etc mesti selalu jumpa sahabat sahabat kan, kalau jumpa je mesti happy sangat , rindu nak bergelak ketawa sama sama , kongsi cerita sama sama , cakap pasal itu dan ini , beramah mesra dengan semua orang , main sama sama dan macam macam lagi , kita jadi rindu nak buat semua ni. Seronok kan , tapi ada sahabat yang tanya pada saya mana rasa kemanisan ukhwah fillahnya , dia tak dapat rasa. kenapa ye ? padahal terasa seperti dah lama kenal mereka walaupun baru pertama kali jumpa , saya pun rasa camtu gak =)
Seronok tapi tak rasa manis. kenapa dan kenapa ?

Lagi satu situasi , ikut jemaah jugak tapi yang lain , mereka dalam ni pulak tak seramah mereka yang dalam tu , lain sikit , mereka sentiasa fokus pada perjuangan , nasihat nasihat yang membina , etc. Sampaikan dah 3 4 kali jumpa baru sempat nk betul betul ta'aruf dan bermesra sikit , mereka yang dalam ni tak leka bersembang panjang , bergelak ketawa semua , mereka nampak serius bila buat kerja , tidak sesuka hati beramah mesra antara lelaki dan perempuan sampaikan buat kita jadi hormat , sayang dan rindu pada mereka , dan perasaan yang ada ni rasa manis , berbeza pulak dengan yang tadi. Padahal yang dalam tadi tu rasa macam lagi best je kan.

Jadi , kalau nak berukhwah fillah tu bukan lah kita perlu berseronok je dengan sahabat kita sepanjang masa , bergelak ketawa , beramah mesra je kan. Memang best tapi kurang manis sebab tak sampai ukhwah fillahnya.
Bagi saya , ukhwah fillah ni bilamana kita lihat sahabat kita , kita ingat ALLAH. Kalau bukan dari lihat , mungkin dari tindakannya , akhlaknya , perkataannya yang mengingatkan kita kepada ALLAH, mengingatkan kita kepada mati sampai kita takde masa nak bersuka ria je. Sahabat ukhwah fillah ni akan sentiasa menjaga sahabatnya supaya tidak jauh dari Allah. Bila kita cintakan sahabat kita , kita mesti nak bawak dia bersama kita ke syurgaNYA kan kerana cinta ni sangat suci. Takkan lah kita cinta sahabat kita , kita nk hantar dia p masuk neraka pulak kan.

Contoh bila sahabat kita terjebak dalam couple , kita ni pulak dok sokong die , kata kat dia yang apa yang dia buat semua betul padahal Allah tak suka, tak jadi lah ukhwah fillah camtu , memang rasa macam bahagia tapi tak manis la macam tu.
Sahabat yang terus tegur sahabat die yang berbuat salah / dosa , itulah sahabat sebenar .

takkan lah sayang kat dia sebab selalu gelak gelak dengan die je ?
sebab selalu sharing ngan die je ?
kadang kadang memang kita rasa sayang sangat pada sahabat kita tu tapi betul ke ukhwah fillah ?
Bagi saya , ukhwah fillah ni adalah bilamana kita cintakan sahabat kita dengan keimanan. * dalam maksud tu*
Orang yang tegur bila kita buat dosa,
bukan yang terus persuade kita buat dosa,
walau sekecil kecil dosa.
Sentiasa doakannya.
Saya sangat2 perasan , kadang kadang sahabat sahabat yang kita label sebagai ukhwah fillah ni sebenarnya tak ukhwah fillah pun
akibatnya , ukhwah tu tak kekal lama , kadang sahabatnya pun macam tukar baju je.

Jadi berapa sangat lah ukhwah fillah yang kita ada sebenarnya kan , sob sob :'(

tak semestinya kalau nak ukhwah fillah , kena 'sayang sayang' sentiasa , bergelak ketawa sesama , keluar sesama. Itu semua luaran je tapi tak salah dalam kata kata yang penting action pun bergerak sekali =)
Nak mencari ukhwah fillah ni ibarat permata dalam timbunan kaca , chewwaahh ! hehe
bukan senang nak nampak permata tu kan.

Hah , jadi kalau kita sebagai perempuan , ada ke ukhwah fillah kita dengan lelaki. Agak agak ada ke lelaki camtu yang boleh jadi permata tu ? emmm,  jawapan saya BOLEH !!  hehe tapi sorang jelah permata tu iaitu suami kita nanti selain dari family lelaki.  =) Kalau bagi lelaki terbalik lah ye. ehem ~


Konklusinya disini , jangan sia siakan ukhwah yang kita ada , jadikannya ukhwah fillah ! mulakan dengan diri kita, cintakan sahabat nak bawak dia masuk syurga dengan kita inshaAllah =)


 Jadilah dan carilah sahabat yang soleh.


sahabat atas keimanan =)

Sahabat sahabat kesayangan , walau kita tak selalu bertemu 
dan bertukar cerita dek jarak dan kesibukan menuntut ilmu ,
melihat kalian sahaja sudah cukup buat hatiku mengingatiNYA. :')



* Apa yang ditulis hanya lah dari sudut pandangan diri saya yang masih hauskan ilmu, =)

2 comments:

a wanderer. said...

ukhuwah fillah abadan abada~=P

heheh.
sembang psl agama yuk!

GadisQuran said...

hehe , InshaAllah , U r one of my ukhwah fillah :D

fuiyoo , nk sembang bile ni cik kak oi ?